ZENSO - FAQ

Penyelesaian penjagaan berat badan Zenso adalah program yang membantu anda menurunkan berat badan yang sihat dengan memperbaiki komposisi badan anda dan bukan sekadar mengurangkan jumlah skala pada penimbang berat. Program kami menggunakan pendekatan holistik untuk penjagaan berat badan yang terdiri daripada garis panduan pemakanan, rancangan makanan, panduan senaman, dan produk Zenso yang diinspirasikan daripada cuka hitam Jepun, Kurozu. Terdapat 4 produk secara keseluruhan iaitu: KuroMizu, KuroShuga, KuroOiru dan KuroDaitto, semuanya diformulasikan dengan Kurozu dan banyak ramuan lain yang dipatenkan serta berjenama yang terbukti dapat memastikan berat badan anda berada dalam keadaan sihat melalui 4 kaedah saintifik: (1) mengurangkan pengambilan (2) mengurangkan penyerapan (3) meningkatkan metabolisme dan (4) mengurangkan pengumpulan. ....  View
Kurozu adalah sejenis cuka hitam yang dihasilkan di Kagoshima, Jepun dengan sejarah pembuatannya melebihi 200 tahun. Kurozu dihasilkan melalui penapaian beras premium di dalam air alkali semula jadi, menjadikannya kaya dengan asid amino yang tidak terdapat dalam kebanyakan jenis cuka. Ia juga mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan juga asid organik yang tidak dapat disintesis oleh tubuh badan manusia. Kurozu dapat meningkatkan metabolisme gula dan lemak di dalam tubuh badan, menjadikannya sangat bermanfaat dalam proses penjagaan badan. ....  View
Kami menyarankan pengguna baru untuk memulakan dengan Zenso Advance bagi mencapai hasil yang optimum dalam penjagaan berat badan. Untuk tujuan mengekalkan berat, pengguna disarankan untuk mengambil Zenso Lite selepas mencapai berat badan dan komposisi badan yang ideal. ....  View
Anda boleh menjangkakan penurunan berat badan dan lemak badan dalam masa satu bulan penggunaan. Selain itu, anda juga boleh melihat penurunan pada lilitan pinggang, pinggul, lengan dan juga peha. Sebilangan pengguna boleh perhatikan peningkatan keadaan kesihatan mereka, cth lebih bertenaga- kualiti tidur yang lebih baik, emosi, atau keadaan kulit yang lebih baik, keinginan makanan yang kurang. ....  View
Sebaik sahaja selepas satu minggu penggunaan, pengguna dapat melihat penurunan berat badan. Untuk melihat hasil pengurangan lilitan pinggang, pinggul, lengan dan peha, ia mungkin mengambil masa lebih kurang satu bulan. ....  View
Produk dalam siri Zenso adalah selamat untuk dimakan. Setiap kumpulan produk kami telah menjalani pemeriksaan kualiti yang ketat yang dilakukan oleh makmal akreditasi luaran yang menguji logam berat dan mikroorganisma untuk memastikan keselamatan dan kualiti produk. Semua produk kami dihasilkan dengan teliti di kemudahan yang telah diperakui oleh GMP dan HACCP. Keselamatan dan kualiti adalah keutamaan kami, jadi hanya produk yang terbaik sahaja yang dihasilkan untuk pengguna setia kami. ....  View
Oleh kerana produk dari siri Zenso diuji bebas dari ubat-ubatan, tidak akan ada sebarang kesan sampingan bagi pengguna Zenso jangka panjang. Walau bagaimanapun, semasa perjalanan penjagaan berat badan, terdapat reaksi tubuh badan yang sering dialami oleh pengguna semasa mengambil Zenso, termasuk: pening kepala pada beberapa hari pertama, kurang membuang air besar kerana pengambilan makanan pejal yang sedikit, gangguan kitaran haid kerana pengurangan lemak badan, sedikit dehidrasi kerana diuretik dan lain-lain. Akan tetapi, rekasi tubuh badan ini adalah normal dan dapat ditingkatkan selepas tubuh badan menyesuaikan diri dengan penjagaan berat badan tersebut. ....  View
Secara umumnya, penurunan berat badan akan berada pada kadar terpantas semasa 2 minggu pertama. Selepas itu, berat badan akan mencapai tahap stabil atau sedikit meningkat, terutama bagi mereka yang sedang bersenam. Ini kerana badan membina otot, dan otot lebih berat daripada lemak. Selagi lemak badan berkurang, anda masih berada di landasan penjagaan berat badan yang betul. ....  View
Ya, produk Zenso adalah sesuai untuk diambil oleh kedua-dua lelaki dan juga wanita. ....  View
Ia adalah normal untuk kehilangan jisim otot semasa penurunan berat badan, kerana tubuh badan akan membakar glikogen, lemak dan simpanan otot untuk memberikan tenaga yang mencukupi kepada tubuh. Secara umumnya, glikogen dan lemak adalah lebih besar daripada kehilangan otot. Sekiranya ada ingin mendapatkan lebih banyak otot semasa mengambil Zenso, anda boleh mengambil 1-2 bahagian serbuk protein setiap hari, bersama dengan senaman tahan berat badan untuk membantu tubuh badan dalam membina lebih banyak otot. ....  View
Ia adalah normal untuk kehilangan jisim otot semasa penurunan berat badan, kerana tubuh badan akan membakar glikogen, lemak dan simpanan otot untuk memberikan tenaga yang mencukupi kepada tubuh. Secara umumnya, glikogen dan lemak adalah lebih besar daripada kehilangan otot. Sekiranya ada ingin mendapatkan lebih banyak otot semasa mengambil Zenso, anda boleh mengambil 1-2 bahagian serbuk protein setiap hari, bersama dengan senaman tahan berat badan untuk membantu tubuh badan dalam membina lebih banyak otot. ....  View
Umumnya, Zenso adalah sesuai untuk mereka yang ingin untuk menjaga berat badan dan mencapai komposisi tubuh badan yang sihat. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai alahan terhadap ramuan di dalam produk Zenso (KuroOiru - kitosan (dari kerang), KuroDaitto - kacang macadamia) dan mereka yang mempunyai keadaan perubatan yang serius (contohnya: kegagalan jantung, penyakit buah pinggang kronik, barah, strok dll) perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program penjagaan berat badan dan mengambil produk Zenso. ....  View
Tiada batasan dalam tempoh pengambilan produk penjagaan berat badan Zenso. Pengguna masih boleh mengambil Zenso untuk mengekalkan berat badan dan komposisi tubuh badan mereka walaupun setelah mencapai berat badan yang ideal. ....  View
KuroDaitto, KuroOiru dan KuroMizu mengandungi ramuan yang berasal daripada haiwan: KuroDaitto - Protein susu, KuroOiru - Kitosan (diekstrak dari kulit kerang), KuroMizu - Madu. Manakala, KuroShuga menggunakan semua ramuan berasaskan tumbuh-tumbuhan, oleh itu, ia boleh diambil oleh vegetarian. ....  View
Ibu yang mengandung atau menyusukan boleh mengambil KuroDaitto dengan selamat. Akan tetapi, KuroMizu, KuroShuga dan KuroOiru diperbuat daripada sumber semula jadi dan umumnya selamat untuk dimakan, tidak digalakkan untuk wanita hamil atau ibu menyusukan kerana belum ada kajian keselamatan dalam ujian klinikal yang dilakukan. ....  View
Zenso dirumus khas untuk orang dewasa (berumur 18 tahun ke atas). Kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun tidak disarankan untuk mengambil produk Zenso kerana tiada kajian klinikal keselamatan yang dilakukan. Sekiranya remaja (12-18 tahun) ingin mencuba, sila berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil produk Zenso. Kanak-kanak (dibawah 12 tahun) dilarang sama sekali untuk mengambil produk Zenso. ....  View
Ya boleh, dengan syarat ia adalah kopi hitam atau teh biasa dengan air panas, ia tidak boleh diambil bersama dengan krimer, gula atau agen pemanis lain. ....  View
Kesan lantunan' berlaku kerana tidak mengekalkan diet defisit kalori selepas mencapai berat badan yang disasarkan dalam program penurunan berat badan. Kami menyarankan untuk mengekalkan gaya hidup sihat dengan mengambil nutrien yang mencukupi dan memastikan senaman fizikal yang kerap walaupun anda sudah mencapai berat badan yang disasarkan, dengan melakukannya, ia akan mencegah anda daripada mengalami kesan lantunan. ....  View
Slimaluma, sejenis ekstrak kaktus, dan ramuan semula jadi yang terdapat di KuroDaitto membekalkan rasa kenyang dan mengurangkan keinginan anda untuk makan, membuatkan anda rasa kenyang sehingga 4 jam. Anda juga boleh mengambil makanan yang disarankan jika perlu. ....  View
Ia adalah normal untuk berasa penat kerana ini adalah petanda bahawa tubuh badan anda sedang menyesuaikan diri dengan program ini. Anda boleh berehat dengan lebih sekiranya anda berasa penat, pastikan anda mengambil 2-3 liter air dan tidur selama 7 jam setiap hari. Anda boleh mengambil makanan yang disarankan sekiranya anda berasa lapar. ....  View
KuroDaitto mengandungi 18 jenis vitamin dan mineral. Beberapa mikronutrien utama yang penting untuk tubuh badan manusia seperti zat besi, kalsium, Vitamin B kompleks, zink, Vitamin C dan banyak lagi, terdapat di dalam KuroDaitto. ....  View
Kebanyakan sos salad adalah berasaskan minyak, oleh itu, ia padat dengan kalori dan kami tidak menyarankan anda menggunakan sos salad. Kami mengesyorkan anda untuk menggunakan lada sulah, herba, rempah atau jus lemon dalam jumlah yang sedikit untuk meningkatkan rasa. ....  View
Kami tidak menyarankan anda untuk melakukan senaman jika anda berasa terlalu letih terutama pada fasa pertama anda mengambil Zenso. Anda boleh menggunakan latihan pada fasa kedua dan ketiga anda mengambil Zenso, secara idealnya 30 minit senaman intensiti sederhana 5 kali seminggu atau dengan jumlah 75 minit senaman intensif setiap minggu. ....  View
Kami menyarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2-3 liter air biasa atau air mineral. Minuman manis, minuman berkarbonat, jus buah, alkohol dan minuman lain yang mengandungi bahan kimia (perasa, pewarna dll) adalah dilarang. ....  View
Produk Zenso tidak mengandungi hormon sintetik, oleh itu ia tidak mempengaruhi sistem endokrin anda secara langsung. Apa yang sebenarnya berlaku adalah ketika tubuh badan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga, di mana ianya penting untuk pengeluaran hormon, ini mungkin akan menyebabkan sedikit kelewatan dalam kitaran haid. Pengguna boleh mengambil beberapa makanan yang mengandungi lemak sihat seperti salmon, walnut, badam, avokado, dan biji chia untuk menyokong pengeluaran hormon. ....  View
Ya, anda boleh meneruskan pengambilan suplemen protein anda, tetapi ianya lebih baik jika suplemen tersebut mempunyai tahap keaslian yang lebih tinggi. ....  View
Anda masih perlu menjaga tabiat makan yang baik (contoh: mengawal jumlah makanan dan kaedah masakan, mengurangkan pengambilan makanan tidak sihat, mengehadkan pengambilan alkohol dll) dan bersenam dengan kerap untuk memastikan anda mencapai berat badan yang ideal. ....  View
Zenso adalah penyelesaian penjagaan berat badan yang lengkap dan terdiri daripada 4 produk dalam satu siri. KuroDaitto, KuroShuga, KuroOiru dan KuroMizu mempunyai aspek yang berbeza dan secara sinergistik membantu anda mencapai berat badan dan komposisi badan yang sihat. ....  View
Mereka yang mengamalkan diet ketogenik perlu mengawal pengambilan karbohidrat antara 20-50 gram setiap hari. Kandungan karbohidrat untuk setiap produk adalah: KuroDaitto (coklat) - 10g / hidangan, KuroDaitto (vanilla) - 11.4g / hidangan, KuroMizu - 1.8g / sachet, KuroShuga - 0.9g / tablet, KuroOiru - 0.9g / tablet. Kedua-dua rancangan Zenso Advance atau Zenso Lite tidak melebihi had pengambilan karbohidrat harian diet ketogenik. Walaupun Zenso tidak dirumus khas untuk diet ketogenik, program penjagaan berat badan Zenso tetap sesuai untuk orang yang mengamalkan diet ketogenik. ....  View
Elakkan mengambil produk Zenso sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum menjalani sebarang pembedahan. Anda mungkin boleh mula mengambil produk Zenso satu bulan selepas pembedahan selesai, dengan syarat luka tersebut sudah sembuh dan pulih sepenuhnya (termasuk pembuangan balutan luka) dan tiada batasan diet yang diarahkan oleh doktor. ....  View
Ya, boleh. Produk Zenso tidak mengandungi hormon sintetik atau semula jadi yang akan menganggu pengawalan hormon semasa tempoh haid anda. ....  View
Mereka yang menghidap penyakit buah pinggang tahap 1 dan 2 boleh mengambil Zenso pada hari berselang. Walau bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil Zenso. Untuk mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang tahap 3 dan 4, dinasihatkan secara umum untuk tidak mengambil suplemen atau makanan berfungsi nutrien tinggi. ....  View
Ya, tetapi ia bergantung kepada sama ada pengguna tersebut harus mengikuti sekatan diet. Sekiranya ada, disarankan agar mereka mula mengambil produk Zenso setelah menyelesaikan diet mereka untuk mengelakkan kemungkinan interaksi makanan-ubat. Kami tidak menyarankan pesakit dengan barah tahap 3 atau 4 untuk mengambil produk Zenso. ....  View
Mereka yang menghidapai G6PD boleh mengambil Zenso kerana produk Zenso tidak mengandungi sebarang ramuan yang boleh menyebabkan anemia hemolitik. Walau bagaimanapun, ia disarankan agar anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil produk Zenso. ....  View
Ya, tetapi perlu diingatkan bahawa pengguna tidak dibenarkan berhenti mengambil ubat-ubatannya. ....  View
Ya Walau bagaimanapun, perlu diingatkan untuk terus mengambil ubat antidiabetes anda dan memantau tahap glukosa darah anda setiap masa. Sebagai langkah berjaga-jaga, sila berjumpa dengan doktor anda sebelum anda memulakan pengambilan produk Zenso. ....  View
Ya, pesakit diabetes yang sedang menjalani suntikan insulin boleh mengambil produk Zenso. Walau bagaimanapun, sila berhati-hati dan pastikan anda memantau tahap glukosa darah anda sekiranya ia menjadi terlalu rendah. Sebagai langkah berjaga-jaga, sila dapatkan nasihat doktor anda sebelum mengambil Zenso. ....  View
Ya Walau bagaimanapun, perlu diingatkan untuk terus mengambil ubat antidiabetes anda dan memantau tahap glukosa darah anda setiap masa. Sebagai langkah berjaga-jaga, sila berjumpa dengan doktor anda sebelum anda memulakan pengambilan produk Zenso. ....  View
Ya. Perlu diingatkan untuk terus mengambil ubat antihipertensi anda dan memantau tahap tekanan darah anda setiap saat. Sebagai langkah berjaga-jaga, sila berjumpa dengan doktor sebelum anda memulakan pengambilan produk Zenso. ....  View
Ya. Perlu diingatkan untuk menjarakkan selama 2 jam antara pengambilan produk Zenso dan ubat cair darah anda. ....  View
Produk Zenso perlu disimpan di tempat sejuk dan kering dan dijauhkan dari terkena cahaya matahari secara langsung. Pastikan botol (KuroShuga & KuroOiru) ditutup dengan betul dan bungkusan (KuroDaitto) ditutup dengan rapat setiap kali selepas penggunaan. ....  View
Kami mencadangkan agar pengambilan KuroShuga, KuroOiru dan KuroMizu dengan ubat-ubatan lain dijarakkan sekurang-kurangnya 2 jam untuk mengelakkan interaksi makanan-ubat. Bagi KuroDaitto, tidak perlu menjarakkan pengambilannya dan ubat anda. ....  View
Ia adalah normal untuk berasa lapar selama beberapa hari pertama dalam program penjagaan berat badan Zenso. Anda boleh makan dalam jumlah yang sedikit untuk memberi tenaga yang mencukupi bagi menampung aktiviti harian anda. Dinasihatkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan protein (contoh: telur, tauhu, ayam tanpa lemak, ikan) atau serat makanan (contoh: sayur-sayuran dan buah-buahan rendah gula) kerana makanan ini dapat memberikan rasa kenyang yang lebih banyak kepada tubuh badan. Untuk panduan diet yang lebih terperinci, anda boleh merujuk buku panduan yang disertakan dengan produk Zenso anda. ....  View
Ia adalah normal untuk berasa sakit kepala atau pening selama beberapa hari pertama dalam program Zenso. Ini adalah kerana tubuh badan anda bertindak balas terhadap kekurangan kalori yang melampau dan memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri. Selama beberapa hari pertama, kami menyarankan anda untuk tidak bersenam atau melakukan aktiviti fizikal dengan intensiti tinggi sehingga tubuh badan anda dapat menyesuaikan diri dan tidak menunjukkan lagi gejala sakit kepala atau pening. ....  View
Ya, tetapi kami menyarankan untuk mengehadkan jumlah buah-buahan iaitu maksimum 1 hidangan sehari dan hanya makan buah-buahan yang rendah gula. Buah-buahan semula jadi mengandungi fruktosa yang tinggi, sehingga mempunyai indeks glisemik yang lebih tinggi berbanding sayur-sayuran. Selain itu, buah-buahan dapat menyebabkan peningkatan kadar insulin kita dengan mudah dan mendorong tubuh badan untuk menyimpan lemak. Oleh itu, jumlah pengambilan dan jenis buah haruslah terhad. Buah-buahan dengan kandungan gula rendah adalah seperti kiwi, strawberi, beri biru, lemon, jambu batu, plum, avokado dll. ....  View
Secara umumnya, perkembangan penurunan berat badan adalah paling cepat ketiga minggu pertama sehingga minggu kedua. Setelah menyesuaikan diri dengan tabiat diet anda dan pengambilan kalori, berat badan anda akan berkurang dengan kadar yang lebih perlahan atau menjadi stabil. Perlu diingatkan bahawa berat badan anda tidak seharusnya menjadi tumpuan utama anda. Sebaliknya, anda perlu memerhatikan tahap lemak dan otot badan anda, dan juga penampilan badan anda. Selagi lemak badan berkurang, jisim otot anda semakin meningkat (ketika anda mula melakukan senaman), dan badan anda akan lebih berbentuk berbanding ketika anda baru bermula, maka anda berada dalam jalan yang betul dalam penjagaan berat badan anda. ....  View
Sembelit boleh berlaku apabila terdapat perubahan besar pada tabiat pemakanan anda. Selaiin itu, anda telah pun mengurangkan pengambilan makanan pejal semasa anda mengambil Zenso, di mana secara automatiknya menyebabkan najis anda lebih sedikit. Untuk mengatasi masalah ini, kami menyarankan anda untuk mengambil air secukupnya (2-3 liter/sehari) dan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengumpulkan najis supaya dapat memudahkan anda membuang najis tersebut. ....  View
Pada permulaan program Zenso, sebilangan kecil daripada mereka akan mengalami cirit-birit kerana terddapat perubahan dalam tabiat pemakanan mereka. Sistem pencernaan anda akan mengambil masa beberapa hari untuk menyesuaikan diri dengan produk. Anda juga digalakkan untuk mengambil lebih banyak serat makanan untuk mengurangkan berlakunya najis berair. ....  View
Zenso Advance:Sarapan pagi: 1 sachet KuroMizu dan 2 sudu KuroDaitto. Anda boleh mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit sebagai minuman pagi anda. Makan tengah hari: 1 tablet KuroOiru dan KuroShuga serta 2 sudu KuroDaitto. Anda boleh mengambil makanan dalam jumlah sedikit sebagai minum petang anda. Makan malam: 1 tablet KuroOiru dan KuroShuga serta 2 sudu KuroDaitto. Zenso Lite: Sarapan pagi: 2 sudu KuroDaitto. Anda boleh mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit sebagai minuman pagi anda. Makan tengah hari: 2 tablet KuroOiru dan KuroShuga dengan makanan biasa. Anda boleh mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit sebagai minuman petang anda. Makan malam: 2 sudu KuroDaitto. Sila rujuk Garis Panduan Pemakanan Zenso untuk jumlah makanan sedikit dan makanan biasa anda. ....  View
Tidak disarankan. Ini adalah disebabkan oleh kepercayaan kami terhadap formulasi Zenso merupakan penyelesaian menyeluruh untuk penjagaan berat badan. Selain itu, kami tidak dapat memastikan keberkesanan dan keselamatan produk penjagaan berat badan yang lain, atau adakah sebarang interaksi antara Zenso dan produk lain. ....  View
Untuk Zenso Advance, keberkesanan penurunan berat badan sangat bergantung pada penggunaan produk Zenso dan juga komitmen daripada pengguna. Walau bagaimanapun, untuk Zenso Lite, keberkesanan penurunan berat badan bergantung pada penggunaan produk Zenso dan diet seimbang. Ini kerana untuk Zenso Lite, pengguna diizinkan untuk mengambil 1 hidangan makanan biasa setiap hari, oleh itu jenis makanan yang dimakan dan hidangan makanan sangat mempengaruhi hasil penjagaan berat badan. ....  View
Produk utama yang dapat membantu mengurangkan lemak viseral adalah KuroOiru. Salah satu ramuan dalam KuroOiru, ekstrak buah oren merah Morosil, kaya dengan antosianidin, yang merupakan fitonutrien yang terbukti dapat mengurangkan tisu adiposa viseral. KuroOiru juga mengandungi jus shekwasha yang dapat membantu mengurangkann lemak viseral. Walaupun begitu, jika pengguna mengambil kesemua produk Zenso, kesannya untuk mengurangkan lemak viseral akan lebih ketara daripada penggunaan KuroOiru sahaja. Ini kerana produk Zenso berfungsi secara sinergis dalam penguruan berat badan untuk membantu mencapai peningkatan optimum dalam komposisi badan dan berat badan. ....  View
Kesan regangan terbentuk apabila banyak lemak terkumpul di tisu adiposa dalam jangka masa yang singkat, menyebabkan pembentukan kulit dan parut regangan secara berlebihan. Untuk mengelakkan kesan regangan, pengguna harus melakukan senaman untuk meregangkan kulit mereka dengan kerap, sehingga dapat mengekalkan keanjalan dan mengurangkan risiko daripada kesan regangan. ....  View
Kulit anda akan menjadi kendur jika anda langsing tanpa melakukan senaman, terutamanya apabila kolagen tidak mencukupi di kulit anda. Oleh itu, kami mengesyorkan pelanggan kami untuk bersenam dengan kerap agar kulit menjadi lebih tegang dan anjal. ....  View
Ya, sudah tentu. Produk Wellous adalah makanan tambahan atau makanan berfungsi, yang tidak akan menganggu keberkesanan produk Zenso. Selain itu, beberapa produk Wellous turut menyokong perkembangan anda dalam penjagaan berat badan, misalnya Frusso dapat meningkatkan pengambilan serat makanan anda, Probiome dapat membantu pencernaan, dan Bio-Grape Seed dapat meningkatkan kesihatan keseluruhan anda. ....  View
Tisu selulit adalah keadaan yang menjadikan kulit anda kelihatan berbonggol dan berlekuk. Selulit terbentuk apabila sel-sel lemak membengkak dan menolak keluar ke dalam tisu di bawah kulit. Produk Zenso dapat membantu menyokong pembakaran lemak dan mengurangkan ukuran sel lemak, oleh itu ia dapat membantu memperbaiki masalah anda dengan tisu selulit. ....  View
Boleh. Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan mereka yang mempunyai asid urik tinggi untuk memulakan dengan Zenso Lite untuk mendapatkan perkembangan secara beransur-ansur dalam penurunan berat badan. Ini penting kerana asid urik akan dilepaskan ke aliran darah ketika tubuh badan mula memecahkan lemak berlebihan. Sekiranya asid urik tidak dapat dikeluarkan dari badan pada sesuatu masa, ia boleh menyebabkan pembentukan kristal asid urik yang akan mengakibatkan sakit urat dan sakit sendi. Oleh itu, untuk mengelakkan daripada mengalami ketidakselesaann seperti itu, kami mencadangkan proses penurunan berat badan yang perlahan dan stabil bermula dengan Pakej Zenso Lite. ....  View
Semasa mengambil produk Zenso, perubahan mendadak dalam komposisi badan terutama sekali kerana pengurangan lemak badan akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon sementara waktu, yang mana dapat menyebabkan masalah keguguran rambut. Ini kerana lemak adalah penting untuk pengeluaran hormon kita. Namun, apabila tubuh badan telah menyesuaikan diri dengan perubahan ini, fungsi hormon akan disambung semula, dan masalah keguguran rambut akan diselesaikan. ....  View
Terdapat ramuan yang berbeza dalam siri Zenso yang dapat membantu menahan selera makan melalui pelbagai mekanisme, termasuk cuka hitam Kurozu dari semua 4 produk Zenso, ekstrak kaktus Slimaluma, kacang ginjal putih dari KuroShuga, ekstrak garcinia dari KuroOiru, dan ekstrak halia dari KuroMizu. ....  View
Sebaiknya untuk mengukur komposisi dan berat badan anda pada waktu pagi selepas membuang air kecil dan membuang air besar. Selain itu, pastikan bahawa ukuran komposisi badan dan berat badan anda yang diambil adalah pada waktu yang sama setiap hari, agar bacaan dapat dibandingkan dengan ketepatan yang lebih baik. ....  View
Boleh, walaupun produk Zenso mengandungi cuka hitam Kurozu, keasidannya hanya ditunjukkan melalui produk cecair kami, iaitu KuroMizu. Bagi mereka yang menghidapi penyakit GERD atau refluks asid, kami mengesyorkan untuk mengambil KuroMizu selepas makan pagi, tanpa mengira sama ada makanan itu adalah pengganti makanan atau sarapan pagi biasa. ....  View
Boleh, tetapi kaedah penggunaannya adalah berbeza dengan program penjagaan berat badan yang biasa. Bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan, mereka boleh mengambil hidangan makanan seperti biasa, dan mengambil KuroDaitto sebagai makanan tambahan dan bukan mengambilnya sebagai pengganti makanan. KuroDaitto mengandungi protein whey, protein soya, vitamin dan mineral, di mana ianya adalah penting untuk penggumpulan otot dalam badan. ....  View
Boleh, tetapi kami sangat mengesyorkan anda untuk mengikuti kaedah penggunaan produk Zenso yang telah ditetapkan untuk mencapai hasil yang optimum. ....  View
Sekiranya pengambilan kalori anda kurang dari jumlah penggunaan tenaga anda, berat badan anda tidak akan bertambah. Namun, diet yang tinggi gula atau lemak yang tidak sihat dapat menimbulkan risiko besar untuk mendapat glukosa dan kolesterol darah tinggi, yang menyumbang kepada pengembangan lemak viseral, juga dikenali sebagai lemak kurus. ....  View
Sudah tentu. Kami sangat menyarankan pelanggan kami untuk terus menggunakan Pakej Penjagaan Zenso walaupun setelah mencapai berat badan yang diinginkan. ....  View
Kami mengesyorkan mereka yang mempunyai lemak viseral yang tinggi untuk mengambil Pakej Penjagaan Zenso kami dengan KuroOiru, yang dapat membantu mengurangkan penyerapan dan pengumpulan lemak serta lemak viseral. ....  View
Ya, boleh. Tidak ada kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan cuka hitam Kurozu setiap hari akan menyebabkan osteoporosis. Sebaliknya, Kurozu kaya dengan mineral yang penting untuk kesihatan tulang. Selain itu, KuroDaitto juga mengandungi kalsium dalam jumlah yang tinggi yang dapat meningkatkan kesihatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. ....  View
Ya, boleh. Namun, bagi mereka yang menghidapi tekanan darah rendah, disarankan untuk minum lebih banyak air untuk mengelakkan dehidrasi semasa mengambil KuroMizu. ....  View
Ya, boleh. Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan mereka untuk mengambil makanan dalam jumlah yang kecil di antara setiap penggantian makanan atau hidangan makanan biasa untuk mengelakkan pening atau gejala biasa yang lain yang sering kali menyebabkan gula darah rendah berlaku. ....  View
Ya, boleh. Disebabkan PCOS kebiasaannya menyebabkan kegemukan kerana ketidakseimbangan hormon, kajian menunjukkan bahawa penurunan berat badan dapat membantu mengurangkan keparahan gejala PCOS. ....  View
Tidak. Anoreksia adalah gangguan mental dan tingkah laku yang biasanya timbul semasa akil baligh. Program penjagaan berat badan Zenso hanya membantu mengurangkan selera makan, tetapi tidak akan menyebabkan anoreksia. ....  View
Anda boleh mencubanya. Satu-satunya derivatif susu yang terdapat dalam produk Zenso adalah protein whey terperinci yang terdapat di dalam KuroDaitto. Oleh kerana pelanggan mungkin hanya alah kepada komponen lain dalam susu, protein whey yang terperinci mungkin tidak akan mengakibatkan reaksi alahan mereka. ....  View
Anda boleh mencubanya. Satu-satunya derivatif soya yang terdapat dalam produk Zenso adalah protein soya terperinci yang terdapat di dalam KuroDaitto. Oleh kerana pelanggan mungkin hanya alah kepada komponen lain yang terkandung dalam kacang soya, protein soya terperinci mungkin tidak akan mengakibatkan reaksi alahan mereka. ....  View
KuroDaitto (Vanila + Macadamia) mengandungi macadamia. Untuk mereka yang mempunyai alahan kepada pokok kekacang, kami mengesyorkan agar mereka mengambil KuroDaitto berperisa Coklat. ....  View
Ini berbeza antara satu individu dengan individu yang lain kerana perbezaan mereka dalam genetik dan komposisi badan. Bagi sesetengah orang, ukuran payudara mereka tidak berubah walaupun selepas melangsingkan badan. Namun, disebabkan oleh payudara kita terdiri daripada tisu lemak, ada sesetengahnya daripada mereka yang mengalami penurunan pada ukuran payudara apabila berat badan dan lemak badan mereka berkurang. ....  View
Orang tua (yang berusia 60 tahun ke atas) boleh mengambil KuroDaitto sebagai makanan tambahan tetapi tidak sebagai pengganti makanan. Kami tidak mengesyorkan orang tua untuk mengikuti pelan penjagaan berat badan Zenso kerana mereka lebih cenderung terhadap keadaan perubatan. Sekiranya mereka ingin menurunkan berat badan, mereka disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mereka meneruskan pelan penurunan berat badan. ....  View